Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar pada Khamis atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 40.13 kilogram, minggu lalu.<br /><br />M Kumar, 46 dan adiknya, Govindasamy, 45, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.<br />Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.